Majlis merangkumi di Masjid Putrajaya, Kelantan dan Yayasan As-Sofa Rembau, Mjd Kh Ulu Melaka
Adobe Flash Player not installed or older than 9.0.115!
Last Updated on Thursday, 24 July 2008 17:38
SIAPA AKU ?
Written by wisdommedia
Friday, 27 June 2008 18:14
HARGA : RM 10.00 PENCERAMAH : AL-HABIB ALI AL-JUFRI
SIPNOPSIS :
Benarkah hanya Allah swt sahaja yang layak menggunakan perkataan “Aku” dan bukan makhluk selainnya ? Benarkah para nabi dan orang yang soleh menggunakan perkataan “Aku” dengan penuh rasa rendah diri dan kadang-kadang menafikan kemampuan dirinya sendiri ? Atau adakah benar yang sering ingin menunjukkan siapa dirinya adalah mereka yang terdiri daripada golongan syaitan baik pada kalangan jin ataupun manusia. Sungguh pelik kenyataan ini.
Boleh jadi sesetengah daripada kita merasa hairan dengan tajuk ini serta apa kaitannya dengan perkataan “Aku” pada diri kita semua. Melainkanlah bagi mereka yang menelitikan dengan penuh
kesedaran dan keinsafan, serta apa hubungkaitnya dengan ayat-ayat Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Kita mendapati bahawa permasalahan di seluruh dunia pada hari ini adalah sebenarnya bermula pada perkataan “Aku” itu sendiri. Yakni siapa sebenarnya diri aku dan apakah tugas dan amanah aku. Percayalah, bahawa dunia ini pun akan terlepas dari permasalahannya dengan munculnya golongan individu yang beriman yang sentiasa berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini. Perkataan “Aku” juga adalah perkataan yang sangat berkait rapat dengan zat dan jiwa seseorang manusia. Serta sejauh mana keghairahannya terhadap dirinya sendiri. Iaitu dengan kefahamannya terhadap setiap sesuatu yang berlaku di sekelilingnya.
Pembahasan tajuk “Siapa Aku” ini akan memecahkan kebuntuan kita selama ini.
Last Updated on Friday, 27 June 2008 18:16
JADIKAN RASULULLAH SAW PANUTAN
Written by wisdommedia
Saturday, 28 June 2008 10:54
PENCERAMAH : AL-HABIB MUNZIR AL-MUSAWA
SINOPSIS : Buat pertama kalinya kotaraya Jakarta di Indonesia, dibanjiri oleh ratusan ribu warganya yang bersatu hati dengan laungan selawat dan zikir sempena meraikan sambutan Maulidurasul saw 2008.
Adobe Flash Player not installed or older than 9.0.115!
Last Updated on Friday, 11 July 2008 11:50
MAJLIS MEMPERINGATI HAUL & MAULID AL-HABSYI
Written by wisdommedia
Friday, 27 June 2008 18:20
HARGA : RM 10.00 PENCERAMAH : AL-HABIB JINDAN BIN JINDAN AL-HABIB THOHIR AL-KAAF
SIPNOPSIS :
Al-Habib Al-Imam Al-Allamah Ali bin Muhammad bin Husin Al-Habsyi dilahirkan pada hari Juma'at 24 Syawal 1259 H di Qasam, sebuah kota di negeri Hadhramaut, Yaman.
Pada usia yang amat muda, Habib Ali Al-Habsyi telah mempelajari dan mengkhatamkan Al-Quran dan berhasil menguasai ilmu-ilmu zahir dan batin sebelum mencapai usia yang biasanya diperlukan untuk itu. Oleh karenanya, sejak itu, beliau diizinkan oleh para guru dan pendidiknya untuk memberikan ceramah-ceramah dan pengajian-pengajian di hadapan khalayak ramai, sehingga dengan cepat sekali, dia menjadi pusat perhatian dan kekaguman serta memperoleh tempat terhormat di hati setiap orang alim. Kepadanya diserahkan tampuk kepimpinan tiap majlis ilmu, lembaga pendidikan serta pertemuan-pertemuan besar yang diadakan pada masa itu.
Majlis Peringatan Haul ini bertempat di Masjid Riyadh, Surakarta, Indonesia dihadiri lebih 50 ribu hadirin. Majlis ini diadakan sempena memperingati jasa beliau kepada umat sejagat. Beberapa ‘ulama juga dijemput bagi menjelaskan dengan lebih lanjut Manaqib Al-Imam Al-habib ’Ali bin Muhammad bin Husein Alhabshi.
Last Updated on Friday, 27 June 2008 18:21
PROGRAM KEMUNCAK MAJLIS NUR AL-MAHABBAH
Written by wisdommedia
Saturday, 28 June 2008 10:31
HARGA : RM 10.00 PENCERAMAH : AL-HABIB MUNZIR AL-MUSAWA SINOPSIS : Sabda Rasulullah saw : "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (HR Muslim dan Tarmidzi)
Secara ringkasnya, majlis ini adalah majlis ilmu sekaligus majlis zikir yang diadakan 2 minggu sekali di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi. Ia memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu dan pembangunan modal insan.
Sebagai kemuncak kepada program ini, Al-habib Munzir bin Fuad Al-Musawa (www.majelisrasulullah.org) seorang tokoh pendakwah muda yang masyhur telah diundang khas bagi membangkitkan semangat keluhuran para pemuda-pemudi pembela sunnah Rasulullah saw.