"Berakhirnya perjalanan Rasulullah ke Baitul Maqdis adalah permulaan Baginda saw diangkat ke alam yang lebih tinggi. Selagi mana kita memahami bahawa di hadapan kita terdapat hala tuju, iaitu Baitul Maqdis yang perlu kita peliharanya dan menyelesaikan permasalahannya dari tangan para perampasnya. Maka itulah permulaan kita dalam mentaati Allah Ta'ala. Cara untuk itu adalah bukannya dengan memperbanyakkan cacian serta maki hamun. Bukannya dengan menuduh si dia ini ataupun si dia itu. Ataupun terhadap seseorang yang dipertanggungjawabkan, mahupun selainnya. Tetapi, setiap seorang dari kita perlulah kembali memerhatikan dirinya. Kita kembali memerhatikan diri kita dengan memperbaikinya serta dari kaum kerabat serta masyarakat sekeliling kita. "Aku mengadu kepada-Mu kelemahan diriku.
Adobe Flash Player not installed or older than 9.0.115!
Last Updated on Friday, 11 July 2008 11:59
CAHAYA YANG TERANG-BENDERANG DALAM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD
Written by wisdommedia
Tuesday, 19 December 2006 16:28
PENCERAMAH :
1. SHEIKH AFIFUDDIN AL-JAILANI.
2. SHEIKH FUAD AL- MALIKI
SIPNOPSIS :
Sesungguhnya, tidak ada nikmat yang lebih besar di alam maya ini melainkan dikurniakan seorang Nabi pembawa rahmat sekelian alam iaitu Rasulullah saw. Tanpa Rasulullah saw dan pengorbanannya, sudah pasti pada hari ini kita tidak dapat mengenal erti Islam, Iman dan Ehsan. Meraikan hari keputeraannya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membesarkan keagungan Allah swt dan melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran di atas nikmat yang tiada tara nilainya ini. Malah adalah wajar bagi kita mengambil kesempatan pada hari dan bulan ulang tahun kelahirannya ini, melahirkan tanda syukur kerana tanpa Baginda saw, siapalah kita pada hari ini. Semestinya kita tidak terdaya membalas segala pengorbanan jiwa dan raga yang telah dicurahkan oleh Baginda saw. Justeru, apalah salahnya tangan-tangan yang lemah ini bertaut dan berpegangan meraikan kelahiran Baginda saw dengan penuh persaudaraan.
Majlis yang dihadiri lebih 10 orang ’ulama tempatan dan luar negara serta hampir 4,000 orang hadirin telah berlangsung dengan gilang-gemilang. Mudah-mudahan ia menjadi sebab KUIS sentiasa mendapat rahmat dan naungan kasih sayang Allah swt.
Yang menakjubkan bahawa ianya menceritakan kisah Nabi Yusof dengan lengkapnya dari awal hingga akhirnya. Ianya terbahagi dalam surah-surah. Sedangkan Nabi Yusof, kisahnya disebut sekali sahaja di dalam Al-Quran
Wahai permata Rasulullah, pemergianmu ditangisi oleh kekasih-kekasihmu Lantaran kau mengukir pintu sejarah di medan perang dengan mampu tersenyum dan tenang jiwamu. Sebuah sya'ir telah menukilkan : "Baitullah, Tanah Haram dan selainnya pun mengenalinya. Inilah cucu makhluk Allah yang terbaik. Dia orang bertakwa, suci, bersih dan menjadi petunjuk. Inilah cucu Fatimah jikalau kamu jahil tentangnya. Semua para nabi diakhiri dengannya. Seluruh Tanah Arab dan selainnya pun tahu tentangnya yang engkau ingkari itu. Beliau dihiasi dengan dua perkara iaitu baik akhlaknya dan penampilannya." " Mencintai mereka adalah kefardhuan dalam agama. Membenci mereka adalah satu perkara mungkar dan mendekati mereka adalah satu kejayaan." "Kalaulah kamu menghitung orang-orang bertakwa, merekalah ketuanya. Ataupun ditanyakan tentang penduduk muka bumi yang terbaik, maka dijawablah: "Merekalah orangnya itu."
Adobe Flash Player not installed or older than 9.0.115!
Ukhwah adalah syarat menuju kemenangan. Sementara pertikaian hanya membawa kelemahan dan kekalahan. Bagi mereka yang benar-benar setia pada Allah dan Rasulullah saw tidak sewajarnya bertikaian sesama sendiri yang tiada penghujung jalannya.